fbpx

Macam Mana Nak Kenal Produk Halal?

by Ibn Hisham
0 comment 68 views

“Kita  cari  tempat  lainlah.  Tak  lalu  saya  nak makan  di  kawasan  ini!  Bagaimana  orang boleh  berselera  makan  di  sini?”  sungut sahabat  saya  ketika  kami  mundar-mandir mencari  warung  makan.

“Islam….  tapi  kotornya,  masya-Allah!”  balas saya  yang  perut  pun  sudah  berkeroncong.

Situasi  seperti  ini  amat  menyecewakan,  juga memalukan.

Saya  perhatikan,  sebahagian  besar  umat Islam  hanya  memahami  makanan  halal  ialah makanan  yang  bersumberkan  binatang  halal  yang disembelih  dan  tidak  ada  lemak  babi.  Cukup sekadar  itu.  Maka  tidak  peliklah  apabila  ada yang  mencuri  ayam  atau  lembu  tapi  tahu  pula disembelihnya.  Padahal,  apa  bezanya  sembelih atau tidak. Yang haram tetap haram. Pemahaman yang  sangat  celaru.

Wahai  sekalian  manusia,  makanlah  yang  halal lagi  baik  daripada  apa  yang  terdapat  di  bumi,  dan janganlah  kamu  mengikuti  langkah-langkah  syaitan; kerana  sesungguhnya  syaitan  itu  adalah  musuh  yang nyata  bagimu.” (Al-Baqarah:  168)

Makanan  dari  sumber  yang  halal,  bersih  lagi selamat  untuk  dimakan  barulah  dinamakan Halalan  Toyyiban. Agak  biasa  media  massa  melaporkan  orang ramai  dan  pelajar  sekolah  yang  memakan makanan  yang  halal  di  restoran  dan kantin  sekolah  mengalami  keracunan makanan.

Bagaimana  mungkin  konsep Halalan  Toyyiban  yang  dibawa  oleh Islam  boleh  memudaratkan?  Pelik bukan? Tapi  hari  ini  sebenarnya  kita bukan  setakat  untuk  pergi  sejauh  konsep Toyyiban,  untuk  sampai  kepada  halal  sahaja pun  kita  sudah  sangat  bermasalah.  Walaupun kesedaran  dan  sensitiviti  umat  Islam  itu  sudah meningkat,  ia  masih  belum  kuat.

Mengenal  Produk  Halal

“Mak,  jangan  ambil  yang  ini.  Tiada  logo  halal.”

“EMULSIFIER.  Ramuan  kritikal  ni.  Logo  halal buat-buat.  Tak  boleh!”

Ayat-ayat  inilah  yang  biasa  keluar  dari  mulut saya  ketika  menemani  emak  membeli-belah barang  jualannya  di  pasar  borong.  Pendek  kata, risiko  untuk  terbeli  makanan  yang  sumbernya haram  tidak  mustahil  bahkan  sangat  besar. Biasanya,  sekiranya  emak  ambil  lima  produk, tiga  daripada  produk  berkenaan  saya  akan  letak semula  ke  rak.

Macam  mana  nak  kenal  produk  halal?

Ada  beberapa  aspek  yang  perlu  diambil kira. Teliti  logo  halal  pada  bungkusan   makanan. Undang-undang  hanya  mengiktiraf  logo  halal yang  dikeluarkan  oleh  JAKIM  dan  Jabatan Agama  Islam  Negeri.  Selain  daripada  itu,  tidak diperakui  dan  tidak  sah.

Logo  halal  pada  bungkusan  makanan  adalah sangat  penting  untuk  membantu  kita  mengenal kehalalan   setiap  produk.  Pengilang  tidak  boleh sewenang-wenangnya  melabel  halal  pada sesuatu  produk.  Setiap  yang  tertera  adalah terikat  dengan  undang-undang.

Dalam  banyak  kes,  saya  mendapati  ada pengilang  makanan  yang  meletakkan  logo  halal ’syok  sendiri’.  Ini  adalah  salah.

Apakah  syarat  untuk  mendapat  sijil halal  JAKIM?

Syarat  bagi  mendapatkan  sijil  halal daripada  JAKIM  adalah  pemohon (pengilang)  akan  membuat  permohonan.  Setelah itu,  pihak  JAKIM  akan  menghantar  dua  orang wakil  bagi  membuat  audit  halal  dalaman.

Mereka  adalah  pegawai  syariah  dan  kesihatan sama  ada  dari  Kementerian  Kesihatan  Malaysia atau  Jabatan  Perkhidmatan  Veterinar.  Mereka ini  bertanggungjawab  untuk  meneliti  dokumen berkaitan,  premis,  ramuan  dan  seumpamanya.

Setelah  itu,  sijil  akan  dikeluarkan  sekiranya pemohon  memenuhi  piawaian  yang  ditentukan. JAKIM  akan  membuat  audit  dari  semasa  ke semasa.Formulanya  mudah,  seperti  orang   memandu kenderaan,  hanya  yang  mendapat  lesen  diakui sah  di  sisi  undang-undang  sahaja  yang  boleh memandu  kenderaan.  Kenapa?  Sebab  mereka yang  memiliki  lesen  sudah  diuji  dan  teruji pemanduannya.  Memang  banyak   kes  pemandu yang  tidak  memiliki  lesen  memandu  dengan  baik dan  selamat.  Tetapi  pihak  berkuasa  tetap  hanya mengiktiraf  yang  ada  lesen.

Sumber: Fahrur Rozi Jalaluddin, Eksekutif Halal Olive Global Sdn Bhd

Related Posts

Leave a Comment