fbpx

‘Beramal dengan Syariat Pada Makam Ihsan’- Prof Syed Naquib al-Attas

by Ibn Hisham
0 comment 141 views

Tasawuf  ialah  salah satu  cabang  teras ilmu  Islam  yang  wujud sejak  zaman-berzaman  yang sangat  penting  dalam  tradisi ilmu  Islam.  Ia  memfokus kepada  pembangunan  rohani atau  batiniah  dan  pembinaan akhlak. Namun malang sekali, kalimah  ‘tasawuf’  telah disalahfahami dan adakalanya dicemari. 

Bagaimana  asal  ilmu tasawuf?

Allah   mengutuskan Nabi  Muhammad sebagai  sumber  ilmu untuk  seluruh  manusia. Baginda  adalah  sebaik-baik makhluk  dan  sesempurna kejadian.  Tiada  seorang manusia  pun  yang  boleh menandingi  baginda  dari  segi kesempurnaannya.  Melalui  lidah mulia  baginda,  kita  menerima wahyu Allah  yang dinamakan al-Quran.  Seterusnya  baginda  menjelaskan  lagi  berhubung dengan  al-Quran  dan  Islam melalui  hadisnya.

Selepas  Rasulullah   wafat tiada  lagi  manusia  sempurna (insan  kamil) yang  boleh menjawab  semua  persoalan dan  memandu  umat ke  jalan yang  diredhai  Allah.  Lantas para  ulama  merasakan perlunya mempertahankan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah agar tidak berlaku  penyelewengan  dari sumber  asalnya.  Maka  ilmuilmu  Islam  mula  berkembang yang  kesemuanya  diambil sandarannya   berdasarkan ayat-ayat  al-Quran  dan  hadis.

Dari  situlah  ilmu  seperti ilmu  tafsir,  ilmu  hadis,  ilmu fikah,  ilmu  tajwid,  akidah, nahu  dan  pelbagai  disiplin ilmu  Islam  yang  lain  muncul. Imam  Abu  Hanifah   misalnya mengembangkan ilmu fikah dan selepas  beliau  termasuk  Imam Malik,  Imam  Syafi’i  dan  Imam Ahmad  bin  Hanbal  dan  ribuan ulama  lain  turut  menjelaskan tentang  persoalan  fikah.  Begitu juga  Imam  Bukhari   menjadi pengasas  kepada  ilmu  hadis dan  selepas  beliau  muncul ulama-ulama  hadis  lain  yang menjejaki  usaha  beliau.

Kenapa  banyak  ilmu muncul?

Setiap  ilmu  itu  muncul demi  menjaga  keaslian ajaran  baginda  Rasulullah  SAW dari  diselewengkan. Contohnya:

  • Ilmu  tafsir –   menjaga  tafsir ayat-ayat  Allah  agar  tidak ditafsir  sewenang-wenangnya.
  • Ilmu  hadis –  menjaga  sunah Nabi,  membezakan  antara hadis  yang  sahih  dan  palsu dan  pelbagai  jenis  hadis  yang lain.
  • Ilmu  tajwid –  menjaga kesucian  bacaan  al-Quran  yang betul  seperti  yang  diajarkan  oleh  Rasulullah.

Begitu  juga  ilmu-ilmu lain  yang  setiap  satunya mempunyai  matlamatnya menjaga  aspek  atau  disiplin tertentu  dari  ajaran  Islam.

Kesemua  ilmu  ini  tidak  pernah wujud  pada  zaman  Rasulullah  sebagai  suatu  ‘disiplin  yang khusus’  kerana  ia  tidak  perlu memandangkan  Rasulullah  masih  hidup.  Segala  persoalan boleh  terus  dimajukan  kepada baginda  untuk  jawapan. Tetapi  apabila  baginda  wafat, di  sana  ada  keperluan  yang dirasakan oleh para  ulama agar umat  terbimbing dan kemurnian  ajaran  Islam  dapat dipertahankan.

Kemunculan  ilmu  tasawuf adalah  berdasarkan  keperluan semasa  setelah  semakin jauhnya  umat  Islam  dengan zaman  Rasulullah   dan, penghayatan  Islam  juga semakin  luntur.

Apabila  empayar  Islam semakin  meluas,  kecintaan kepada  harta benda  duniawi menjadi  melampau  sehingga menghilangkan  fokus  terhadap matlamat  manusia  diutuskan Allah  SWT  di  atas  muka bumi.

Sifat-sifat  keji (mazmumah) semakin  subur  sehingga membawa  kepada  perpecahan dan  perbalahan  yang  parah  di kalangan  umat  Islam.

Apakah  kebaikan menghayati  ilmu tasawuf?

Ilmu  tasawuf  ini  adalah untuk  mengembalikan  manusia  kepada  fitrahnya  yang asal  yang  suci  bersih  melalui amalan-amalan  penyucian  diri rohani  (hati)  dari  sifat-sifat  keji (mazmumah)  dan  menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Sebagai contoh bagaimana untuk  menyuburkan sifat ikhlas dan  membuang perasaan riyak, takabbur, hasad dengki  dan  seumpamanya.

Bagaimana  untuk  bersifat ihsan  iaitu   “menyembah Allah  sepertimana  kamu melihat-Nya,  dan  jika  kamu tidak melihat-Nya,  yakinlah  Allah   melihatmu”  seperti yang  disebutkan  dalam  hadis mengenai  Jibril yang terkenal itu. Semua  aspek  ini ditekankan  dalam  bidang  ilmu yang  dipanggil  tasawuf.  Ada juga  nama-nama  selain  ilmu tasawuf  seperti Ilmu  Akhlak, Tahzib  al-Akhlak,  Tazkiyatun Nafsi,  Ilmu  Ihsan dan sebagainya,  tetapi  semuanya membawa  maksud  yang  satu dan  menjurus  kepada  matlamat yang  sama.

Apakah  matlamat ilmu  tasawuf?

Rasulullah  dicontohi bukan  sahaja  pada amalan  zahirnya  (luaran)  tetapi juga  amalan  batin  (dalaman) baginda. Bagaimana  Rasulullah mengajar  untuk  bersifat  ihsan dalam  kehidupan  seharian?

Hakikatnya  dalam  kehidupan kita  ini,  semua  perbuatan terbahagi  kepada  dua  aspek, iaitu  luaran   dan  dalaman. Sebagai  contoh,  solat.  Amalan zahir  yang  dilihat  orang   ialah pergerakan  kita  dari  satu rukun  fi’li  ke  rukun  yang  lain, manakala  amalan  yang  batin yang  tidak  diketahui  sesiapa pun  ialah  aspek  ‘khusyuk’.

Begitu  juga  dalam bersedekah,  yang  zahirnya ialah  jumlah  wang  atau barangan  yang  disedekahkan, tetapi  aspek  batinnya  ialah bagaimana  kedudukan  hati ketika  melakukan  amalan tersebut?  Adakah  ikhlas atau  mahu  mendapat  pujian manusia?

Kedua-dua  aspek  zahir dan  batin  adalah  penting dalam  Islam.  Ilmu  tasawuf menitikberatkan  model Rasulullah  dalam  aspek batin  (rohani),  manakala  aspek zahir  amal  ibadat  dibincangkan dalam  ilmu  yang  disebut  ilmu fekah.

Seseorang  yang  solat dari  segi  fikahnya  mungkin memenuhi  syarat  sahnya,  tetapi hatinya  lalai  dari  mengingati Allah  lalu  solatnya  menjadi  siasia  bahkan  tercela.

Orang  yang  berpuasa  tidak makan  dan  minum  serta menahan  diri  dari  perkara  yang membatalkan  puasa  sejak terbit  fajar  hingga  terbenam matahari.  Dari  segi  hukum fikah  puasanya  sah,  tetapi  dari segi  tasawuf  dia  mungkin  tidak menjaga  mata,  telinga,  lidah dan  anggota-anggota  lain  dari mengumpat,  memfitnah  dan seumpamanya.  Hatinya  masih lalai  dari  mengingati  Allah.  Hati masih  bersangka  buruk  dan berdendam  terhadap  orang lain.  Lalu   puasa  walaupun  sah tetapi  kurang  “markah”  bahkan boleh  menjadi  sia-sia  sahaja, hanya  memperolehi  lapar  dan dahaga. 

Permasalahan  inilah  yang cuba  dididik  oleh   para ulama  tasawuf,  hati  dididik agar  sentiasa  berada  dalam ‘kesedaran  rasa  tuhanan (muraqabah)’  setiap  masa, menyucikan  hati  dari  sifat-sifat  keji  dan  tercela  sehingga menjadi  hati  yang  sihat sejahtera  (qalbun  salim).

Profesor  Tan  Sri  Dr.  Syed Muhammad  Naquib  al-Attas merumuskan  tasawuf  dengan begitu  menarik  sekali  dengan ungkapannya,  ‘beramal  dengan syariat  pada  makam  ihsan’.

Sumber: Majalah Q&A, penulis: Dr Nik Roskiman Abdul Samad (mantan Pengarah Radio IKIMfm)

Related Posts

Leave a Comment