fbpx

JANGAN BIARKAN HATI LAPAR

by noraina
0 comment 11 views

Kenyangkan hati dengan ilmu, solat dan al-Quran

Hati jangan dibiarkan lapar. Hati yang lapar akan meruntun pemiliknya untuk melakukan dosa. Dosa akan menimbulkan rasa resah di dalam hati. Hati yang lapar juga akan mudah diserang penyakit. Penyakit hati itulah sifat mazmumah seperti ego, marah, hasad, bakhil dan sebagainya. Hati apabila sakit, akan menyebabkan penderitaan di dunia, sebelum penderitaan di akhirat. Lihat sahaja si pemarah, orang yang hasad … apakah mereka bahagia?

Justeru, jangan biarkan hati lapar. Berikan segera makanannya. Apa makanan hati? Makanan hati bersifat maknawi, sama seperti asal kejadiannya juga. Makanan hati adalah ilmu. Ilmu yang perlu untuk hati adalah ilmu yang bersumberkan wahyu. Ilmu yang menjawab, “Dari mana manusia datang? Untuk apa dia dihidupkan dan ke mana dia akan pergi selepas mati?”

Tiga soalan inilah teras persoalan iman – kenyakinan kepada Allah dan Hari Akhirat, soal pahala dan dosa serta syurga dan neraka. Itu semua persoalan ‘ghaibiyat’, metafizik dan maknawi sifatnya. Ya, oleh sebab hati itu bukan organ yang boleh dipegang dan dirasa, sebaliknya roh yang tidak jelma (namun dapat merasa), maka makanannya pun bersifat seperti itu juga.

Sumber: Majalah QA/ Pahrol Mohamad Juoi

Related Posts

Leave a Comment