fbpx

“Jangan buka bungkusan ini dan jangan lihat apa yang ada di dalamnya.”

by Ibn Hisham
0 comment 32 views

Setiap manusia didampingi oleh dua makhluk. Malaikat dan syaitan. Malaikat akan membisikkan dan memperdengarkan segala yang baik kepada manusia.

Syaitan pula akan membisikkan dan memperdengarkan yang sebaliknya. Hal ini dapat kita lihat dalam hadis Nabi  yang ertinya: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan ia telah diiringi temannya daripada jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat.”

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang ertinya: “Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia. Daripada golongan jin (syaitan) dan manusia.” (An-Nas: 5-6)

Seorang yang sempurna akhlak dan tingkah-lakunya tidak akan mendengar bisikan syaitan. Dia akan selalu memohon perlindungan daripada Allah kerana dia tahu bahawa Allah Maha Mendengar dengan sifatnya as-Sami’.

Kisah Anak Murid dan Seorang Guru

Terdapat satu kisah mengenai seorang murid yang meminta kepada gurunya agar si guru mengajarkan kepadanya nama Allah yang paling besar (Ismull’h al-a’zam). Gurunya bersedia untuk mengajarkannya tetapi sebelum itu si murid harus membawa sebuah bungkusan kecil untuk diberikan kepada seseorang.

Pesan gurunya, “Jangan buka bungkusan ini dan jangan lihat apa yang ada di dalamnya.”

“Boleh,” jawab murid tersebut dan bungkusan itu pun dibawanya.

Dalam perjalanan, si murid berfikir tentang bungkusan kecil yang dibawanya. Akhirnya dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahu mengenai apa yang ada di dalam bungkusan tersebut. Kerana mendengar bisikan syaitan, dia berkata kepada dirinya, “Kalau aku jenguk sedikit sahaja untuk melihat apa dalam bungkusan ini, tidak ada salahnya.”

Sebaik sahaja bungkusan dibukanya, melompat keluar seekor tikus dari dalam bungkusan itu. Tikus itu terus berlari. Dia mengejar tikus itu tetapi tidak berjaya. Kembalilah murid itu kepada gurunya seraya bertanya, “Adakah tuan guru suruh saya membawa tikus?”

Berkata gurunya, “Kalau aku tidak boleh percaya kepada engkau untuk membawa seekor tikus, bagaimana boleh aku percaya kepada engkau dengan rahsia Tuhan?”

Jelas apabila seorang murid tidak dapat mendengar nasihat dan pesanan seorang guru, sebaliknya mendengar dan mengikuti bisikan syaitan, maka hilanglah peluang baginya untuk mendapatkan rahmat daripada Allah  SWT.

Sumber: Majalah QA/ Syed Hassan bin Muhammad Al-Attas, Pengerusi & Imam Masjid Ba’alawi, Singapura.

Related Posts

Leave a Comment